Dalam kamus hidup setiap insan, pelbagai versi cinta pernah dilalui. Ada cinta pertama, childhood love,
cinta alam sekolah atau ‘cinta monyet’, cinta seorang teman, cinta
lokasi, dan seribu satu lagi istilah cinta yang pernah dialami atau
setidak-tidaknya didengari. Di antara kisah-kisah cinta tersebut, pasti
ada satu siri cinta yang meninggalkan bekas lebih dalam daripada
cinta-cinta yang lain…
Inilah perkara yang Abang Teruna
ingin kupaskan pada entri kali ini. Satu teori cinta yang amat sulit dan
asing untuk dihuraikan tapi benar-benar terjadi dalam kalangan kita.
Mengapa saya lebih menjurus kepada pencinta lelaki di sini?
Mari kita letakkan ke situasi putus
cinta. Seorang lelaki setelah berakhir hubungannya dengan seorang
gadis, ia akan melalui fasa cooling period di mana kebiasaannya si lelaki akan mengalami perubahan sikap, kemurungan, berwatakan kasar dan baran. Dan fasa ini akan berlanjutan ke jangkamasa yang lama, lebih-lebih lagi jika perpisahan itu atas kekhilafannya sendiri atau bukan dengan kerelaannya.
Berbeza dengan kaum perempuan, apabila clash,
si perempuan akan berkabung dan bersedih selama beberapa minggu sahaja.
Usai kering air matanya, dia akan kembali seperti dirinya yang asal (atau lebih gagah) dan berkemungkinan akan mencari pengganti sebagai penyembuh luka lamanya.
Suka diingatkan di sini, saya bukanlah menyama-tarakan atau generalize kaum wanita dengan teori ‘ubat cinta adalah cinta’, manakala lelaki tidak. Bukan begitu yang saya maksudkan.
Lelaki di dalam pasca-cintanya walaupun sudah mendapat pacar baharu sebagai pengganti cinta, si lelaki tetap masih teringatkan saat manis cinta yang dahulu
dan masih menyimpan ruang untuk cinta lama itu di suatu sudut hatinya.
Berbeza pula dengan kaum wanita, mereka lebih cenderung membandingkan
kelebihan kekasih baharunya dengan kekasih lama, dan sentiasa akan
bersikap bias dengan ‘memenangkan’ kekasih baru. Bermakna peluang mengenangi hero lamanya semula agak tipis
Benar, dalam trend remaja masa kini, tidak mustahil untuk lelaki mempunyai beberapa orang ‘skandals’, akan tetapi adalah mustahil untuk si lelaki menyintai kesemuanya dengan kapasiti yang sama.
Kelak si lelaki akan terpaksa menyerah diri kepada salah seorang yang
paling istimewa di kalangan perempuan-perempuan tersebut. Maaf jika anda
adalah salah seorang daripada perempuan yang ditinggalkan si lelaki
hidung belang seperti yang saya sebutkan tadi, I’m afraid you are not the one for him. Bertabahlah…
Selain itu, terdapat beberapa lagi hujah yang menyokong teori lelaki mencintai seorang wanita seumur hidupnya. Mengikut kajian human behaviour experts, menyatakan, kaum lelaki lebih cenderung berbanding wanita untuk meletakkan sentimental value yang tiggi
terhadap sesuatu barangan yang dimilikinya. Keberatan untuk menjual
kereta pertama, memakai jeans dan kasut lusuh yang bertahun tidak
diganti, bantal busuk, menghargai barang antik dan koleksi lama,
merupakan antara bukti mengapa lelaki boleh dikategorikan sebagai
makhluk yang setia pada dasarnya. Cuma waktu dan persekitaran bebas dan
modenisasi hari ini yang merencatkan sifat lelaki yang ini.
Kesimpulannya, alangkah beruntung
mana-mana perempuan yang namanya telah terpahat pada hati lelaki seperti
ini. Tiada apa-apa balasan yang diminta, cukuplah sekadar secebis
ingatan terhadap apa yang telah si lelaki korbankan demi memuja cinta
yang tak pasti itu. Kadang kala cinta itu memang kejam. Walau betapa
besar dan tulusnya cinta kepada permaisuri yang satu itu, mencintai
tidak semestinya memiliki…
p/s: First Cut Is The Deepest
0 ulasan:
Catat Ulasan