Untuk mengetahui seseorang perempuan / lelaki itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.



1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah ..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye ....." atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!
.
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.




Bismillahirrahmanirrahim....

Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

...Wallahualam...

Renung-renungkan dan selamat beramal~~

BUDAK - BUDAK ZAMAN SEKARANG !!!



Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata,

" Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya. "

" Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi? ", tanya cikgu.


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,

" Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi surirumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel. "

" Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".


Seman berdiri dan berkata,

" Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya ".

Cikgu: =.="

22 Tanda Pasangan Curang !!!



1. Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu.  Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.

2. Memberi alasan
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.

3. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

 4. Selalu dengan telefon bimbitnya
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!

5. Gelisah tidak tentu pasal
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

6. Menolak
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

7. Membesarkan masalah kecil 
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

8. Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh

9. Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.

10. Tidak menghargai pemberian anda
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

12. Menjawab panggilan secara berbisik
Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.

13. Mencari kesalahan anda
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

14. Tidak mesra semasa bertemu
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.

15. Cepat marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.

16. Tidak mengendahkan rajuk anda
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.

17. Tidak menghubungi anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

18. Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.

19. Hadiah secara tiba-tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.

20. Menghilangkan diri
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.

21. Kawan baik anda menunjukkan hint
Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.

22. Naluri anda
Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

Maksud Tersirat Hadiah Daripada Pasangan

  • JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
  • CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
  • GELANG - Tanda mesra.
  • RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
  • SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.
  • KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
  • PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
  • PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
  • MINYAK WANGI - Tanda cinta.
  • BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
  • BUKU  – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
  • BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
  • COKLAT - Semanis cintamu.
  • LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
  • SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
  • HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).
Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah….
  • MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

Benarkah Lelaki Hanya Bisa Mencintai Seorang Wanita Sahaja Seumur Hidupnya?

Dalam kamus hidup setiap insan, pelbagai versi cinta pernah dilalui. Ada cinta pertama, childhood love, cinta alam sekolah atau ‘cinta monyet’, cinta seorang teman, cinta lokasi, dan seribu satu lagi istilah cinta yang pernah dialami atau setidak-tidaknya didengari. Di antara kisah-kisah cinta tersebut, pasti ada satu siri cinta yang meninggalkan bekas lebih dalam daripada cinta-cinta yang lain…

Inilah perkara yang Abang Teruna ingin kupaskan pada entri kali ini. Satu teori cinta yang amat sulit dan asing untuk dihuraikan tapi benar-benar terjadi dalam kalangan kita.

Mengapa saya lebih menjurus kepada pencinta lelaki di sini?
Mari kita letakkan ke situasi putus cinta. Seorang lelaki setelah berakhir hubungannya dengan seorang gadis, ia akan melalui fasa cooling period di mana kebiasaannya si lelaki akan mengalami perubahan sikap, kemurungan, berwatakan kasar dan baran. Dan fasa ini akan berlanjutan ke jangkamasa yang lama, lebih-lebih lagi jika perpisahan itu atas kekhilafannya sendiri atau bukan dengan kerelaannya.

Berbeza dengan kaum perempuan, apabila clash, si perempuan akan berkabung dan bersedih selama beberapa minggu sahaja. Usai kering air matanya, dia akan kembali seperti dirinya yang asal (atau lebih gagah) dan berkemungkinan akan mencari pengganti sebagai penyembuh luka lamanya.

Suka diingatkan di sini, saya bukanlah menyama-tarakan atau generalize kaum wanita dengan teori ‘ubat cinta adalah cinta’, manakala lelaki tidak. Bukan begitu yang saya maksudkan.

Lelaki di dalam pasca-cintanya walaupun sudah mendapat pacar baharu sebagai pengganti cinta, si lelaki tetap masih teringatkan saat manis cinta yang dahulu dan masih menyimpan ruang untuk cinta lama itu di suatu sudut hatinya. Berbeza pula dengan kaum wanita, mereka lebih cenderung membandingkan kelebihan kekasih baharunya dengan kekasih lama, dan sentiasa akan bersikap bias dengan ‘memenangkan’ kekasih baru. Bermakna peluang mengenangi hero lamanya semula agak tipis

Benar, dalam trend remaja masa kini, tidak mustahil untuk lelaki mempunyai beberapa orang ‘skandals’, akan tetapi adalah mustahil untuk si lelaki menyintai kesemuanya dengan kapasiti yang sama. Kelak si lelaki akan terpaksa menyerah diri kepada salah seorang yang paling istimewa di kalangan perempuan-perempuan tersebut. Maaf jika anda adalah salah seorang daripada perempuan yang ditinggalkan si lelaki hidung belang seperti yang saya sebutkan tadi, I’m afraid you are not the one for him. Bertabahlah…

Selain itu, terdapat beberapa lagi hujah yang menyokong teori lelaki mencintai seorang wanita seumur hidupnya. Mengikut kajian human behaviour experts, menyatakan, kaum lelaki lebih cenderung berbanding wanita untuk meletakkan sentimental value yang tiggi terhadap sesuatu barangan yang dimilikinya. Keberatan untuk menjual kereta pertama, memakai jeans dan kasut lusuh yang bertahun tidak diganti, bantal busuk, menghargai barang antik dan koleksi lama, merupakan antara bukti mengapa lelaki boleh dikategorikan sebagai makhluk yang setia pada dasarnya. Cuma waktu dan persekitaran bebas dan modenisasi hari ini yang merencatkan sifat lelaki yang ini.

Kesimpulannya, alangkah beruntung mana-mana perempuan yang namanya telah terpahat pada hati lelaki seperti ini. Tiada apa-apa balasan yang diminta, cukuplah sekadar secebis ingatan terhadap apa yang telah si lelaki korbankan demi memuja cinta yang tak pasti itu. Kadang kala cinta itu memang kejam. Walau betapa besar dan tulusnya cinta kepada permaisuri yang  satu itu, mencintai tidak semestinya memiliki…


p/s: First Cut Is The Deepest


13 Tips perkahwinan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegangan tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya ♥

Perempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?
Lelaki : Saje..
Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?
Lelaki : Mana ada.
Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?
Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..
Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..
Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"..


10 Petanda Dia Jodoh Kita !!!




Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Read more: http://www.infoserius.com/2012/02/10-petanda-dia-jodoh-kita.html#ixzz1qKwOxpHG

23 CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU !!!

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”.

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia suka.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khuwatir tentang kamu, risau tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin merimaskan, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

20 tips tentang percintaan...! =)

1. Adalah sesuatu yang menggembirakan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang saja yang kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.



2. Lebih menarik apabila kamu sekali – sekali mengirimkan kartu ucapan hari – hari special untuk si dia dengan buatan tangan kamu sendiri. Dihari – hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.



3. Setiap saat kamu harus mengingatkannya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu.



4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.



5. Setiap kali si dia melakukan kesalahan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas kamu adalah memberi dorongan padanya agar memperbaiki kesalahannya, bukan membuat dia lebih merasa rendah diri.



6. Jangan malu untuk mengatakan bahwa kamu merindukan dia selalu, saat dia tidak ada disamping kamu, dan tidak bisa melupakan walaupun sesaat.



7. Jangan terlalu berlebihan dalam penampilan atau dandanan kamu sehingga membuat si dia bosan sama kamu.



8. bagi hadiah. bukan dari lelaki sahaja.dari perempuan pon boleh. tidak ada salahnya bila perempuan sesekali memberikan si dia hadiah.Begitu juga dengan lelaki yang sudah memahami perempuan suka dengan hadiah. Maka hatinya akan berbunga.



9. Janganlah terlalu kecewa jika si dia lupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.manusia may do mistake..tp jangan selalu..!



10. Jangan bandingkan dirinya dengan siapa pun, kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain.yang ni pantang untuk lelaki kot kn..?he



11. Rayakan hari ulang tahunnya, berikan kejutan, dan ubahlah suasana yang berbeza setiap tahun.



12. Belajarlah membuat keputusan sendiri, jangan hanya menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.matang la sikit..kn..?he



13. Jangan selalu menganggap si dia bisa membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang.penting ni..~



14. Setiap malam hubungi si dia untuk mengucapkan selamat malam.



15. Jika dia mengajak kamu tengok movie, tidak ada salahnya kamu yang membeli minuman dan makanan ringan.



16. Hargailah privasi nya jangan sesekali geledah baca smsnya.



17. Jika ada kesempatan waktu, ajaklah si dia keluar.



18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu.hehe



19 Berikan nama panggilan yang mesra tetapi hanya kamu berdua saja yang mengetahuinya.



20. Apabila terjadi perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah kamu tidak mengetahuinya.ok..? =)

4 langkah untuk mengelakkan rajuk lelaki berpanjngan !!!

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.



1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.



2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.



3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.



4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari internet, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.



Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu.

Wahai kaum Adam dan Hawa

Andai mau mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah maupun tudung semata-mata. Karena hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah sematangnya untuk menyuntingnya.

2. Jangan dilihat pada baju labuh maupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah sematangnya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khawatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah sematangnya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..
Andai mau menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktivitas malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mau menerima. Karena maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khawatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mau menerima karena aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah serapah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khawatir Apabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyiksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah.
Dari Mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu…:)

Wallahualam.

Kenapa Permainan Bola Sepak 45 minit (half time) ?


Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.


Dia menjawab.... "Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah....

... 






Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.


Persoalan terjawab !!!


Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

hahaha 

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta ?



Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .

Penilaian wanita mengikut warna kegemarannya !




Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.


MERAH : Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang- senang.


BIRU : Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.


HIJAU : Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.


HITAM : Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.


COKELAT : Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


UNGU : Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


KELABU : Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING : Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.


PUTIH : Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat, menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal ..


~ untuk di k0ngsi bersama ~

Kenali Wanita Melalui Element



a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas



WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Elakkan 8 cara ini. Moga-moga Percintaan anda terus hangat!




Mungkin kita sedar dan mungkin tidak… dalam niat baik kita itu, mungkin tindakan kita hanya akan membuatkan pasangan kita menjadi menyampah dan benci dengan cara kita.



Cara 1 : Terlalu Cemburu – Cemburu boleh cemburu kerana cemburu itu tandanya sayang, kan. Tetapi cemburu sikit-sikit sudah lah. Tak perlulah sampai naik darah, mengamuk, terjerit-jerit macam orang hilang akal. Sehingga bergaduh dan naik tangan. Cemburu sebegitu memang cara untuk HILANG CINTA, …elakkan!

Cara 2 : Terlalu Suka Menegur – Menegur untuk kebaikan, bagus. Namun sekiranya kita asyik menegur sepanjang masa, semua yang dilakukan tak betul dan tak kena, sentiasa cuba perbetulkannya… ia pasti akan membuatkan pasangan anda menjadi teramat bosan! Sesetengah orang punya sifat seperti, “Ini tak boleh ni, aku kena tegur, biarlah kalau dia benci pun…” – hehe… like I said earlier, sometimes kita tak perlu tegur dan kena biarkan, supaya dia belajar dari pengalaman.

Cara 3 : Tidak Berdikari – Mungkin pada awal perhubungan, pasangan anda tidak kisah dan sanggup membantu anda dalam kehidupan seharian, support anda. Tetapi, jika sekian lama bersama anda masih juga bergantung harap kepadanya dan tidak boleh berdikari, anda akan dianggap sebagai pasangan yang hanya membebankan dia. Lama-kelamaan dia akan bosan, kena pulak datang seseorang yang very independent, habislah you

Cara 4 : Tidak ada PROGRESS – Di dalam hidup kita ni, kita kena ada kemajuan atau progress. Ada pasangan yang cakap “Susah senang bersama hingga ke akhirnya” …ya laaa tu! Klau sudah bertahun-tahun masih ditakuk lama, nak kahwin tak ada budget, nak bercinta or dating or tengok movie pun pasangan yang support… Sampai bila nak susah bersama? Perangai sebegini, memang akan hilang cinta! — Berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan anda. At least setiap tahun ada kemajuan walaupun sedikit itu sudah memadai untuk menunjukkan anda berusaha.

Cara 5 : Terlalu mengongkong – Binatang lagi benci apabila ia disekat dan dikurung. Apatah lagi manusia! Sekiranya pasangan anda benar-benar cinta, tak perlu nak control dia dan sekat dia dari melakukan apa saja yang dia mahu lakukan. Free kan dia…kalau dia adalah kekasih sejati InsyaAllah dia akan terus setia pada anda walau dimana pun dia berada. Kalau tak setia tu… Alhamdulillah, anda terlepas dari seorang manusia yang hanya akan menghancurkan masa depan anda saja.

Cara 6 : Tidak bijak membuat keputusan – Setiap kali ditanya, “Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana?” …jawapan anda hanyalah“TAK TAHU?!” – Perangai sebegini juga akan membuatkan anda bakal kehilangan cinta. Ini adalah kerana anda mempamerkan diri yang tidak bijak membuat keputusan dan tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup. Seperti tiada pendirian hidup. Elakkan dari menjadi seperti ‘Lembu ditarik hidungnya’

Cara 7 : Terlalu mengikut kata PARENTS – Hehe…sensitif isu actually kan. Some parents surelah nak anak dia ikut cara dia saja. Some bagi freedom. To me, balance it sedari awal, agar semua pihak happy. Kerana, ramai yang terlalu mengikut kata parents… bujang sampai ke tua! Bukan hilang cinta lagi dah, gelap gelita bayang cinta pun tak nampak dah! So hati-hati…

Cara 8 : Effort Hanya sebelah pihak – Okay, this matter adalah untuk both of you! Jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, yang buat itu dan ini, sebelah lagi hanya menerima saja, CINTA AKAN HILANG bila-bila masa sahaja. Jika masih bersama pun, sebenarnya sudah TIADA CINTA lagi. Cinta PERLU bersama, berdua… kalau pentingkan diri sendiri saja …cara anda memang cara untuk HILANG CINTA tidak lama lagi.



Cukup ke tak? Hehe… sebenarnya, banyak lagi dan berbagai-bagai cara lagi anda boleh kehilangan cinta. So, watch out!

Rahsia Menawan Hati Pasangan Anda !!!

salam..
haha..hari nie aq nak post entri tentang cara-cara nak menawan hati pasangan korang..
enjoy !!


  1. Peluk dan ciumlah pasangan anda kerana pasangan yang sering melakukan begini akan membuatkan hati pasangan anda merasa damai tiap kali di peluk erat pasti kasih yang bersemi akan mekar seiringan dengan ketulusan hati dan tanggungjawab.
  2. Usiklah pasangan anda takala dia sedang rancak berkata-kata. Anda apa lagi kuislah pipi pasangan anda, or hidungnya. Lepas itu larilah hee. Bukan ke manis cara gurawan sebegitu heeee..
  3. Urutlah pasangan anda tanpa di pinta. Bukankah ia merupakan salah satu perkara yang menyenangkan hati pasangan anda. Jika pasangan anda meminta seolah-olah anda akan beranggapan diri anda persis tukang urut ar pulak hee. Sambil mengurut sambil beristfar bukan ke bagus janglah asyik bercerita hal yg membawa masalah sahaja bosan deh..
  4. Bukalah telinga anda untuk mendengar segala bebelan pasangan anda. Ingat tanpa bebelan tu sebenarnya tidak mungkin sampai sekarang anda akan menjadi lebih baik dari sebelum ini hee.. Lihat sebagai salah salah satu contoh sahaja, tingkah-laku anda sebelum mengenali pasangan anda mesti anda seorang yang berat tulang dalam membantu dia menguruskan kerja-kerja rumah. Nah sekarang anda rajin. Maka sikap sebegitu harus di banggakan kerana bebelan dia kepada anda ternyata tidak sia-sia malah membuahkan hasil bukan. Itu menandakan bebelan pasangan anda ada kebaikannya dalam kehidupan anda dan pasangan.
  5. Ketawa dan beringatlah selalu. Dalam hubungan pasti ada hilai tawa. Jangan katakan duka tapi harus beringat setiap laluan yang duka itu sebenarnya penawar untuk menemui sebuah kebahagiaan. Biar ketawa dan beringat tapi jangan ketawa lupa atas apa yang telah di harungi bersama-sama. Pasangan yang ketawa dan beringat biasanya mereka-mereka ini akan meniti kehidupan dengan lebih berhati-hati sebab mereka tahu kehidupan ynag dahulu banyak mengajar mereka tentang kesukaran, kehidupan di jalani dengan penuh kesabaran.
  6. Jagalah makan ,minum hatta pakaian pasangan anda sebaik yang mungkin. Biarlah air tangan masakan anda menitis di masakan tapi bukan pada air tangan yang lain. Kasih sayang seorang pecinta akan meresap rasa itu pada setiap aura masakan yang dihidangkan. Penyediaan kelengkapan adalah kewibawaan seorang insan ibarat menyediakan diri anda ke medan perang. Besiap dan bertungkus-lumuslah dalam setiap perkara yang baik itu amat-amat di senangi olehNYA. Pahala usah di kira sebab ia sedia menanti untuk di timbang sahaja.

Semoga sedikit tips ini membantu anda diluar sana lebih romantis lagi bersama dengan pasangan masing.

BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM?


 Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun

mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.

Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.